EzZParfum. Segalanya Tentang Perfume.

Perfume Berjenama Terbaik Dengan Harga Terbaik Di Sini . Di Jamin ORI.



For Her

For Him

TESTER


Iklan



Perfume Finder

Custom Search

Friday, October 30, 2009

Dunhill Black ~ new fragrance


Dunhill Black cologne for men

Coming later this month from Dunhill will be Dunhill Black, the brand’s latest fragrance for men. Dunhill Black will be fronted by actor Henry Cavill, as was their recent Dunhill London fragrance.

The fragrance notes feature green nettle accord, transparent jasmine, lavender, suede accord, gaiac wood and cedar. According to a brand spokesman…

Nettles have the potential to sting if they aren’t approached with care. Suede, on the other hand, is yielding and tactile. The result is modern seduction.

Dunhill Black will be available in 30, 50 and 100 ml Eau de Toilette, and is expected to launch at Harrods later in the month.

Price here 1.7 oz = RM 150

Wangian lambang peribadi

Apakah yang membezakan antara wangian jenis Perfume, Eau de parfum, Eau de toilette dan Eau de cologne?


WANGIAN jenis Eau de toilette terbaru dari Dunhill.


ADAKAH anda sedari minyak wangi yang terdapat di pasaran ditampilkan dengan beberapa istilah berbeza apabila merujuk kepada jenis-jenisnya? Misalnya, haruman itu dirujuk sebagai Perfume, Eau de parfum, Eau de toilette dan Eau de cologne. Tentu ada antara kita yang masih bingung memikirkan adakah kesemuanya membawa maksud yang sama?

Sebenarnya, kesemua istilah tersebut mempunyai makna dan penjelasan tersendiri. Ini kerana, setiap jenis haruman itu memiliki ramuan atau kepekatan ekstrak wangian yang berlainan. Pengeluar minyak wangi membezakan setiap jenis produknya mengikut kategori masing-masing dengan menulis label tertentu pada botol haruman.

Perkataan yang berbeza itu merujuk kepada kombinasi bahan-bahan yang diadun ke dalamnya. Kebanyakan wangian di pasaran terdiri daripada kombinasi bahan atau ramuan semula jadi yang kompleks. Ini termasuk minyak daripada kuntuman bunga, tumbuh-tumbuhan atau produk sintetik. Pilihan bahan-bahan itu dibuat bagi meningkatkan kekuatan dan kadar ketahanan wangian tersebut bagi tempoh yang lama.

Biasanya, cecair alkohol digunakan sebagai bahan asas pengeluaran minyak wangi. Namun, ada juga minyak wangi yang menggunakan campuran air dan tanpa alkohol. Kepekatan alkohol atau ekstrak haruman yang digunakan ini turut diambil kira dalam penentuan jenis minyak wangi.

Perfume atau juga dikenali sebagai Extract perfume (Extrait) mengandungi 15 hingga 40 peratus kepekatan wangian. Hasil wangian itu dikatakan berada dalam keadaan yang paling tulen atau sangat mahal kerana nilai asli yang dimiliki.

Ini diikuti dengan Eau de parfum yang mempunyai kepekatan alkohol dan wangian sekitar tujuh hingga 15 peratus. Ia paling popular dan terdapat dalam kebanyakan produk haruman yang dijual di kaunter khas. Tempoh masa haruman bertahan agak lama dan tidak semahal Perfume.

Eau de toilette menyuntik wangian yang lebih ringan dan lembut kerana ia mengandungi kepekatan wangian sebanyak satu hingga enam peratus. Ini bermaksud, haruman jenis itu tidak tahan lama. Pada mulanya, wangian jenis itu dicipta sekadar untuk menyegarkan mood seseorang.


JEJAKA lasak dan gemarkan cabaran memerlukan haruman yang bersesuaian dengan personaliti.


Eau de cologne pula hampir sama sifatnya dengan Eau de toilette tetapi Eau de cologne mengeluarkan wangian minyak sitrus. Ia lebih lembut dan tidak tahan lama.

Dalam pada itu, jenama fesyen dan wangian terkemuka dunia, Dunhill, mengembangkan koleksi wangian mewah jenis Eau de toilette kepada sebotol haruman yang sesuai dengan jiwa kembara lelaki.

Menjadikan langit sebagai sempadan had pengembaraan, haruman Dunhill itu bak terbang tinggi di langit biru yang terbentang luas. Ciptaannya mengungkap sebuah kisah dan naluri kebebasan lelaki tanpa batasan.

Seperti mesej yang ingin disampaikan dalam promosi haruman itu, satu ketenangan tercipta dalam jiwa juruterbang yang mengawal kelajuan kapal terbang peribadinya sambil menikmati kepulan awan yang semakin jelas kelihatan di ruang udara.

Biarpun jauh dari daratan dengan deretan rumah yang kelihatan seperti miniatur pada latitud 51.3 N, destinasi London yang dituju semestinya memiliki aura tersendiri.

Dalam keadaan itu, dipercayai bahawa tiada apa lagi yang didambakan jika bukan wangian lelaki yang bersandarkan kepada gaya dan kemewahan yang tinggi.

Dunhill 51.3 N itu cukup maskulin, penuh keyakinan dan lambang keunggulan. Esen yang sentiasa digambarkan sebagai inovatif dan kreatif itu, diperbaharui dengan wajah dan imej wangian berpenampilan terkini.


BUNGA-BUNGAAN dan buah-buahan sitrus antara yang kerap dijadikan ramuan wangian.


Siapa lagi dapat menjelaskannya secara mendalam jika bukan pengguna Josen Lim, 36. Merupakan seorang pencinta sukan udara, Josen gemar menyembur wangian Dunhill 51.3 N semasa mengadakan perjumpaan dengan pelanggan.

Pertemuannya dengan klien menjadi lebih bermakna apabila haruman yang semerbak memberi kelegaan dan keyakinan kepada dirinya.

"Segala-galanya terasa baru seperti mana kualitinya dihargai oleh golongan jejaka yang seronok menghadapi cabaran dan halangan dalam apa jua keadaan mendesak.

"Kepentingan dan tahap dinamik produk ini hanya dapat dilafazkan oleh mereka yang pernah mencubanya," ujarnya.


Sumber: Kosmo


Stailo: Lelaki & minyak wangi

Tip pilih haruman sesuai

BIARPUN sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.


Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.


Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.


Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.


Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.


Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.


XY - Stailo minggu ini memaparkan pelbagai koleksi terkini jenama minyak wangi khusus untuk lelaki. Haruman ini memfokuskan ciri-ciri individu dan karektor mereka. Tidak saja menarik dari segi rekaan botol, setiap jenama minyak wangi memiliki identiti tersendiri.


Sama ada haruman berteraskan unsur rempah atau buah-buahan sitrus, ada minyak wangi dicipta lebih istimewa dengan kombinasi pelbagai bahan.


Pengurus Pemasaran L’oreal Prestij Collection International (PCI) Asia, Casandra Teo berkata, lelaki pada dasarnya mahu minyak wangi dari jenis tahan lama selain mementingkan imej sofistikated jenama haruman yang berprestij.


Teo berkata, fungsi haruman lelaki merangkumi perbezaan siang dan malam di mana unsur segar dan lembut lebih sesuai digunakan waktu siang manakala haruman jenis berempah dan kasturi sesuai disembur pada waktu malam.


“Potensi pasaran untuk haruman lelaki semakin menggalakkan. Ini membuatkan banyak jenama meningkatkan kandungan selain mempelbagaikan haruman baru termasuk kandungan uniseks,” katanya.


Pendapat sama turut dikongsi Eksekutif Kanan Pemasaran Aramis & Designer Fragrances, Ashley Wong yang menyimpulkan secara keseluruhan lelaki urban menggemari haruman bercirikan maskulin. Jejaka juga suka haruman yang dapat bertahan lama.


“Misalnya, lelaki Melayu lebih cenderung mengenakan minyak wangi yang mampu memberi kesan haruman lebih kuat serta tahan lebih lama.


“Dari segi jenama yang kami pasarkan, minyak wangi Sean John paling mencuri tumpuan kerana lebih bercirikan maskulin berbanding DKNY Men yang lebih kepada unsur buah-buahan,” katanya.


Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.


Tip pilih minyak wangi ideal
  • 1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
  • 2. Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
  • 3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
  • 4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
  • 5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
  • 6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
  • 7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
  • 8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.
  • 9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.
  • 10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.



. Selamat mencuba!


Kategori haruman:
  • Bunga-bungaan - Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.
  • Buah - Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.
  • Lautan - Elemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.
  • Kehijauan - Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.
  • Oriental - Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.
  • Tumbuhan kayu - Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.

Sumber:
Berita Harian